Kerjaya Tan Kim Her

Sebagai pemain

Kim Her bertanding dalam badminton di Olimpik Musim Panas 1996 dalam acara beregu lelaki bersama Soo Beng Kiang. Mereka menewaskan pilihan no.3 Rudy Gunawan dan Bambang Suprianto dari Indonesia pada pusingan 16 terakhir. Pada separuh akhir, Kim Her dan Beng Kiang tewas kepada pemenang pingat emas, Rexy Mainaky dan Ricky Subagja dari Indonesia.[2] Dalam perlawanan pingat gangsa, kedua-duanya tewas dalam perlawanan sengit juga kepada pasangan Indonesia, Antonius Ariantho/Denny Kantono.

Sebagai jurulatih

Kim Her menjadi jurulatih selepas kerjaya bermainnya. Beliau melatih skuad remaja Malaysia selama enam tahun. Kemudian, menjadi rakyat Malaysia pertama yang melatih di luar negara apabila beliau menyertai pasukan kebangsaan Korea Selatan pada 2005. Selepas dua tahun berkhidmat, beliau menyertai pasukan kebangsaan England. Pada 2010, beliau pergi dan kembali menjadi jurulatih di tanah airnya Malaysia. Pada 2015, beliau dilantik sebagai jurulatih beregu lelaki India sebelum meletak jawatan pada Mac 2019.[3][4]